Sunday, May 17, 2009

betapa diri ini kerdil

pertama sekali aku ingin ucapkan selamat kembali kepada pelajar kuis..selamat berjuang kembali di medan ilmu..pasti kalian sudah tau tentang keputusan peperiksaan masing-masing termasuk diriku ini...oh! tidak lupa kepada pelajar baru..ahlan wasahlan wamarhaban ke kuis..aku sebagai salah seorang faci amat bertuah bertemu dengan kalian semua bersama-sama berkongsi pengalaman sebagai pelajar senior (seniorla sangat baru setahun kat sini he3 tp ada rasa banggala sikit). berpatah balik ke main point yang ingin aku luahkan disini..aku baru sedar betapa diri ini kerdil apabila melihat keputusan ku baru-baru ini...rasa gembira mendengar ramai rakan yang naik pointernya,aku?????????sedih2 turun la sikit tapi alhamdulillah masih dekan..hampir setengah hari aku mendiamkan diri semalam memikirkan tentang resultku...setelah diri ini memikirkan kembali tentang hikmah2 yang tersembunyi baru aku sedar tidak sempurna seorang manusia selalu gembira sahaja tanpa ada kesedihan sekalipun...mungkin ALLAH suruh diri bersyukur dengan apa yang aku ada...apa yangn aku fikkir adalah mungkin ramai lagi yang dapat lebih bawah pointer dari aku dan mungkin ada ramai lagi yang gagal....apa yang kuharap doakanlah diri ini agar terus berjuang dimedan jihad danm bangkit untuk tegakkan kalimh-NYA di muka bumi ini...untuk sahabat terima kasih menjadi tiangku untukku bersandar dari terus rebah dan memaut tanganku untuk bangkit semula.......

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."

Walaupun mungkin ada diantara kita yang pernah melihat kontroversi yang melanda
pakar motivasi terkenal nie, tetapi saya tidaklah sampai mengabaikan saranan dan
petua beliau kerana menghormati tahap keilmuannya. Semoga yang baik dapat kita terima dan jadikan teladan untuk kehidupan yang lebih di redhai Allah. Insya'allah.
It Happens in Seremban

Kisah mengenai sebuah keluarga Islam yang serba sederhana. Keluarga yang men- jalankan segala tuntutan Allah S.W.T. Seorang anak perempuan telah dilahirkan lebih kurang hampir 20 tahun yang lepas. Dibesarkan dan dimanjakan mengikut lunas2 dan batas2 kehidupan seorang Muslim. Sebuah keluarga yang riang dan sentiasa gembira dan bersyukur atas segala nikmat yang diperolehinya.

TAPI tanggal beberapa bulan yang lepas apabila anak kesayangan mereka yang mana sebelum ini tidak pernah berkelakuan ganjil, dengan tak semena-mena telah mem- beritahu ayahnya bahawa beliau ingin berkahwin. Namun dengan hati yang agak ter- kejut, tetapi mengetahui bahawa mungkin jodohnya telah sampai mengizinkan. Tapi ayahya teramat terkejut apabila anaknya ingin berkahwin dengan lelaki HINDU, dan ayahnya hampir sahaja pengsan apabila anaknya ingin berkahwin dalam adat resam agama HINDU..

Apalah perasaan hati ayah dan ibu serta keluarga jika anak kesayangan mereka yang satu ini, setelah dididik dan diberikan segala ILMU Duniawi dan Ukhrawi serta segala kasih sayang dan perhatian mereka sepenuhnya kepada beliau, tergamak untuk menyatakan perkara tersebut.

NAMUN, keluarga ini tidak berdiam diri. Mereka dengan segera telah membawa anak mereka untuk didoakan agar terbuka hatinya untuk kembali ke pangkal jalan. Mereka telah membawanya kepada seorang Ustaz. Apabila tiba masanya bertemu muka dengan Ustaz tersebut dan apabila Ustaz Tersebut mula membaca ayat2 Allah, maka terkejut mereka kerana mendapati anak mereka telah mula meraung dan menari tarian Hindu.

Kesimpulannya, Ustaz tersebut masih lagi merawat anak tersebut. Dan yang terpenting sekali adalah anak tersebut telah DISIHIRKAN untuk menyintai lelaki Hindu tersebut.
Pendek kata beliau DISIHIR untuk keluar ISLAM.

TINDAKAN - Dinasihatkan bahawa musuh ISLAM terutama IBLIS dan SYAITAN senantiasa mencari jalan untuk merosakan ISLAM kita. Faktanya untuk mensihirkan lelaki muslim yang sentiasa mendirikan solat 5 kali sehari semalam adalah agak sukar (bukan tak boleh TAPI SUKAR), kerana mereka membaca ayat2 Allah.

NAMUN bagi perempuan2 muslim, mereka ada pintu atau ruang yang membolehkan unsur sihir untuk menyerang dan menyerap kedalam akal fikiran serta hati jika tidak dibendung, apatah lagi yang tidak solat.

Disini, mengajak semua muslimin dan muslimat semua untuk mengamalkan Ayatul Kursi, sebagai senjata untuk menghalang diserap oleh sihir yang tidak kelihatan ini. Jadikan ia amalan yang bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah S.W.T sentiasa melindungi kita semua daripada kekufuran dan gangguan Syaitan.

Saranan juga, apabila masuk sahaja waktu solat, muslimin segera bersolat. Bagi muslimat yang boleh akan juga terus bersolat. Namun bagi yang tidak, akan juga duduk mengisi waktu itu dengan berzikir dan bermunajat. Jangan biarkan waktu itu dihabisi dengan perkara selain daripada mengingati Allah.

Akhir kata, sebarkanlah kepada semua muslimin dan muslimat agar mereka lebih dekat kepada Allah S.W.T dan terhindar daripada SIHIR dan MURTAD dan berdoalah buat semua muslimin dan muslimat.

NOTA:
Di sini tidak hairanlah kalau hampir 250,00 orang melayu ingin menukar agama mereka, malah Kes Aisyah. Seorang Ustazah Mesir berjaya dihindukan. Dipercayai unsur cinta dan SIHIR adalah salah satu penyebab utamanya. Yakinlah bahwa jika kita hampir pada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan sentiasa memujiNya, maka Allah akan memelihara kita. Insya-Allah.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada kesesatan dan kekufuran.

Wassalam.

hmmm ....semoga budak itu sembuh depenuhnya dari ganguan sihir tersebut. Amin...
Tazkirah hari ini..

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN2 MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

Monday, May 4, 2009

jangan mengeluh

JANGAN MENGELUH ...........Kita selalu Bertanya..... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya........... .......KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?QURAN MENJAWAB"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kamitelah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidakdiuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, makasesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Diamengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?QURAN MENJAWAB"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan bolehjadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allahmengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah ayat 216KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?QURAN MENJAWAB"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengankesanggupannya. "- Surah Al-Baqarah ayat 286KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?QURAN MENJAWAB"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg palingtinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segalakesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dankuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medanperjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerahsempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepadaAllah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakansembahyang; dansesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yangkhusyuk"- Surah Al-Baqarah ayat 45KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?QURAN MENJAWAB"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta merekadengan memberikan syurga utk mereka... ?- Surah At-Taubah ayat 111KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?QURAN MENJAWAB"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNyaaku bertawakkal. "- Surah At-Taubah ayat 129KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!QURAN MENJAWAB"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyatiada berputus asa dari rahmatAllah melainkan kaum yg kafir."- Surah Yusuf ayat 12