Sunday, February 21, 2010

indahnya jalanmu ya RABB bagiku

sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang kita tidak tahu...
indahnya jalan yang Kau berikan pada aku untuk aku lebih dekat padaMU
dalam minggu peperksaan ini..pasti rakan-rakan mengalami perkara yang sama dengan ak..
perasaan debar dan takut setelah dengan segala kemampuan kita berusaha
mencapai apa yang kita mahukan
terkenang aku ketika duduk atas katil malam tadi
saat aku mengenali bumi KUIS dan manisnya jalan dakwah
aku masuk ke KUIS dengan tanpa segala persediaan dan separuh kerelaan mak n abah yang mahu anaknya menyambung pelajaran STAM agar aku dapat terbang ke Timur Tengah seperti mereka harapkan..
sampai sekarang aku tiada jawapan mengapa aku lari dari STAM padahal aku tahu aku mampu berjaya dengan cemerlang atas kekuatan aku menghafal ketika itu..guru-gurupun hanya 2 orang sahaja yang menyokong tindakan aku ke KUIS, yang lain?semua harapkan aku terus amik STAM

Ya! semua ada hikmahnya..
mungkin kalau aku amik STAM aku tidak akan jumpa apa yang aku jumpa sekarang ini
walaupun aku dilahirkan dalam keluarga yanga aku rasa islamik tetapi aku yang dahulunya seorang yang x berapa minat apatah lagi USRAH huhu
masihku ingat kata-kata mak saat aku jejak di bumi KUIS.."Kakteh, carilah usrah' sampai sekarang ku teringat kata-kata ini..sebab tulah waktu sem 1 dan 2 aku selalu ke masjid mencari usrah...

sekarang baru aku nampak apa yang dunia perlukan sekarang dari seorang pemuda dan pemudi..
insyaAllah selepas ini aku teringin menyambung impian mak n abah ( sambung pelajaran ke timur tengah mayb Mesir or Jordan), doakan ak wahai teman-teman